Home Berita PAS Kedah

714 bakul makanan telah diagih

126
SHARE

Oleh : NorJuliana Yaacob

YAN – Sebanyak 714 bakul makanan telahpun diagih di sekitar Daerah Yan sejak Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0 bermula pada 1 Jun lalu.

Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata, pihak Pejabat Daerah berperanan menerajui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sepanjang tempoh ini.

Pejabat Daerah yang menerajui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah mengambil langkah segera dalam membantu penduduk bekeperluan dalam daerah Yan.

“Mengikut rekod kita mendapat 808 aduan penduduk yang terputus bekalan dan kesemua mereka bakal disalurkan makanan dengan kadar segera,” katanya.

Menurut YB Ustaz, bantuan atau bakul makanan berkenaan tidak terhad untuk mereka yang dikuarantinkan sahaja namun turut diberikan kepada mereka yang terjejas pendapatan.

Orang ramai yang memerlukan bantuan makanan boleh menghubungi talian hotline 04-7028799 untuk bercakap dengan pihak urus setia.