Home Berita PAS Kedah

700 orang peserta meriahkan Sambutan Hari Wanita 2023 Peringkat Daerah Pendang

44
SHARE

 

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 21 MAC – 700 orang peserta meriahkan Sambutan Hari Wanita 2023 Peringkat Daerah Pendang yang diadakan pada sabtu lepas bertempat di Tapak Ekspo, Stadium Mini Pendang.

Peserta program yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur tersebut berjaya mengeratkan ukhwah dalam kalangan peserta. Pelbagai aktiviti antaranya Batik Family Fun Run, pertandingan bola jaring, jualan rahmah, gunting rambut percuma dan pemeriksaan kesihatan serta pameran-pameran agensi kerajaan dan swasta.

Ahli Parlimen Pendang, Yang Behormat Datuk Haji Awang Solahuddin Hashim hadir bagi merasmikan program tersebut.

Beliau berkata menerusi facebooknya, program yang diadakan merupakan platform yang baik dalam membentuk kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta dengan masyarakat setempat.

“Program-program sebegini adalah merupakan platform yang sangat baik dalam memupuk kerjasama dan menyatukan hubungan antara agensi kerajaan dan swasta dengan masyarakat setempat.”

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru penglibatan warga tempatan untuk bekerjasama dengan PBT dalam apa jua program yang dianjurkan kerana segala yang dilaksanakan adalah untuk kebaikan dan keharmonian bersama.” Katanya.

Program ini bukan sahaja dapat menarik perhatian kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang diadakan.

Acara yang menarik perhatian, antaranya Batik Family Fun Run, pertandingan bola jaring, dan gunting rambut secara percuma.

Banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi pada para peserta pada program kali ini, malah gelagat dan aksi mereka berjaya menghidup dan menceriakan suasana di lapangan pertandingan.