Home Berita PAS Selangor

PAS komited bantu rakyat memerlukan – PAS Kawasan Kota Raja

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 1 Ogos -Pasukan Kebajikan Pusat Khidmat PAS (PKP) Kota Raja telah menghantar ke rumah penerima Bakul Makanan Prihatin dan warga Parlimen Kota Raja yang ada di antara mereka yang baru sahaja sembuh daripada Covid-19 dan sedang kuarantin kendiri di rumah, tidak mempunyai kemudahan untuk hadir ke PKP Kota Raja dan lain-lain halangan.

PAS Kawasan Kota Raja melalui Pasukan Kebajikan Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja untuk terus konsisten membantu warga Kota Raja, yang memerlukan bantuan dalam meneruskan kehidupan di masa sukar pandemik Covid-19.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Jika kita mempunyai rezeki yang lebih, marilah berkongsi rezeki bersama mereka yang betul-betul memerlukan bantuan melalui Pusat Khidmat PAS Kota Raja.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor