Home Berita PAS Kedah

66 buah Keluarga Kampung Huma, Jitra telah disantuni

160
SHARE

JITRA, 10 Oktober 2022 – Seramai lapan orang anggota Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu telah terlibat dalam program kerjasama antara PERKIM Cawangan Changlun dan PAS Kawasan Kubang Pasu iaitu Kenduri dan Penyampaian Sumbangan sempena Maulidur Rasul, semalam.

Dalam program itu, seramai 44 ketua keluarga masyarakat Siam dan 22 ketua keluarga masyarakat Melayu telah menerima sumbangan dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu serta menerima sumbangan Beras Sejahtera daripada PAS Kawasan Kubang Pasu.

Program tersebut telah dijalankan di Kampung Huma, Jitra dimana program ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Majid yang mewakili Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Changlun.

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Ustaz Zulhami Osman dan Puan Habshah Bakar.

Lajnah Dakwah DMPKKP turut berkesempatan mengedar risalah berkaitan Nabi Muhammad S.A.W sempena sambutan Maulidur Rasul.