Home Berita PAS Kedah

5000 orang hadir ke majlis Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Langkawi

101
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI: 20 Mei, 5000 orang hadir ke majlis Jamuan Aidilfitri di Tapak Pasar Awam Ayer Hangat.

Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad gembira diatas kesudian pelbagai parti politik, kaum dan NGO hadir memeriahkan majlis jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Langkawi.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Langkawi, Ahmad Sidek, kerjasama telah diberikan oleh PAS Cawangan dalam menjayakan jamuan ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Langkawi Ustazah Fatimah Ibrahim berkata “Ahli cawangan telah bergotong royong menyediakan khemah untuk letak makanan, khemah vip dan khemah orang awam makan”.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Hidihr Zainal Jamuan Aidilfitri ini mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Sebagai tanda kenangan, tetamu turut merakamkan gambar di photobooth yang disediakan oleh Ameerah Langkawi , manakala kanak-kanak menerima duit raya.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ketua Bahagian BERSATU Langkawi, Amar Pared dan rombongan,

Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, Ketua DHPP Langkawi, Anbalagan Ramasamy dan rombongan kaum india.