Home Berita PAS Kedah

500 pelajar terima bantuan awal persekolahan

254
SHARE

Oleh AMAL NABILA

PENDANG – Seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih menerima sumbangan awal persekolahan daripada Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim dan ADUN Tokai, YB Dr Mohd Hayati Othman, semalam.

Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Awal Persekolahan ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai serta Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang bertempat di Dewan Cenderawasih, Pendang.

 Haji Awang berkata, sumbangan yang diberikan ini adalah inisiatif PKWR dan JPN Kedah dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan sebelum bermulanya sesi baru persekolahan pada Mac nanti.

“Pelajar sekolah rendah menerima voucher berjumlah RM 120 manakala pelajar sekolah menengah pula menerima RM150,” ujarnya.
Hadir sama, Pengarah JPN Kedah, Haji Rozaini Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan, Pembangunan Murid JPN Kedah, Sabri Osman, Wakil Pengawai Daerah Pendang, Haji Azmi Dolah, Pegawai Pendidikan Daerah Pendang, Wan Khalim Ahmad, Guru Besar dan Pengetua.