Oleh TASNIM
JERAI – Sebanyak 50 pasukan terdiri daripada penduduk tempatan menyertai Kejohanan Sepak Raga Tuju Piala YB Jerai yang diadakan Sabtu lalu.
Pertandingan yang diadakan di Dataran Parkir Dewan Serbaguna, Guar Chempedak dirasmikan oleh Pegawai Khas Parlimen DUN Guar Chempedak, Cikgu Abdul Razak.
Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit dalam satu kenyataan berkata berikutan sambutan yang hangat dalam kalangan penduduk, pihaknya akan menganjurkan aktiviti sukan seperti ini lagi pada masa akan datang.
“Aktiviti sukan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang memandangkan ia banyak memberi impak positif kepada kesihatan dalam masa yang sama menjalinkan hubungan baik sesama peserta,” ujarnya.