Home Berita PAS Sabah

50 keluarga asnaf terima bantuan daripada PAS Batu 2

84
SHARE

 

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
11 April 2022

TAWAU : 50 keluarga asnaf sekitar Kampung Batu 5 dan Kampung Lorong Haji Sundu terima bantuan berupa barangan dapur daripada PAS Cawangan Batu 2, di sini, pagi tadi.

Naib YDP PAS Tawau, Amboase Ramona, merangkap Ketua Cawangan PAS Batu 2 berkata pemberian bantuan ini bukan diberikan hanya pada bulan Ramadan sahaja tapi juga pada bulan-bulan yang lain.

” Ini adalah satu usaha yang murni dan saya berharap sedikit usaha daripada PAS Batu 2 ini dapat memberi manfaat penerima,”.

Turut hadir dalam Program Sumbangan kepada Asnaf tadi Satuo Saide , Timbalan Ketua PAS Cawangan Batu 2.