Home Berita PAS Pahang

Iftar Perdana KUIZM lancar kutipan dana pendidikan

85
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

BENTONG, 11 Apr :: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah mengadakan Majlis Iftar Perdana di KUIZM Taman Melewar, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Dewan Ulamak PAS (DUP) Kawasan Bentong Ustaz Roslan Md Esa yang turut hadir mewakili DUP Pahang dalam program tersebut berkata, tujuan program diadakan adalah untuk mengumpulkan sumbangan dana pendidikan KUIZM.

“Saya dapat merasai bagaimana cabaran yang dihadapi bagi sebuah pusat pendidikan kerana saya juga mengurus rangkaian Pendidikan Sekolah Rendah, Maahad Tahfiz dan Pondok.

“Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pernah berpesan semasa saya belajar di Universiti Al-Azhar, iaitu Islam akan jadi kuat dengan memperbanyakkan pusat-pusat pendidikan dan pengajian Islam.

“Kekuatan Islam di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana terdapat banyak pondok dan pusat tahfiz. Tok Guru menyuruh saya balik nanti buka sekolah untuk perjuangan Islam di Pahang,” kata Ustaz Roslan.

“Ia menjadi inspirasi dan azam saya sehinggalah saya berjaya membuka Maahad Tahfiz dan Pondok di Bentong, Pahang,” tambahnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia (PMPS) Negeri Pahang dan Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang (MANTAP) turut menghargai dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang permurah, yang sangat mengambil berat tentang pusat-pusat pendidikan Islam untuk menjadi salah satu sumber kekuatan dakwah Islamiah.

Majlis berbuka puasa tersebut diserikan dengan kehadiran dan penyampaian Tausiyah Ramadan oleh Timbalan Presidan PAS, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Senator Dato’ Ahmad Yahaya, Pengerusi Lembaga Pengarah KUIZM Ustaz Khirul Muntanazar Ismail, Menteri Hal Ehwal Agama Senator Datuk Idris Ahmad dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.