Home Berita PAS Kedah

40 warga pondok terima sumbangan sambut awal Ramadhan

167
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Seramai 40 orang warga pondok menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Kuala Nerang sempena Bulan Ramadan yang bakal menjelang.

Sumbangan disampaikan oleh ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria kepada warga Pondok Ahmadiyah, Kampung Padang Nyior.

Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz berkata sumbangan ini tanda ingatan dari PAS Kawasan dan Pusat Khidmat ADUN Kuala Nerang buat warga pondok sempena menjelang Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

PAS Kawasan Padang Terap turut mendoakan semoga bulan Ramadhan yang bakal tiba ini disambut dengan penuh keimanan.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam.