Home Artikel PAS Perak

35 Asnaf Terima Sumbangan Kotak Makanan

266
SHARE

Image may contain: one or more people, people sitting and indoorBAGAN SERAI

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

اَ لَّذِيْنَ اِنْ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْاَ رْضِ اَقَا مُوا الصَّلٰوةَ وَاٰ تَوُا الزَّكٰوةَ وَاَ مَرُوْا بِا لْمَعْرُوْفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلّٰهِ عَا قِبَةُ الْاُ مُوْرِ

“(Yaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan sholat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”
(QS. Al-Hajj 22: Ayat 41)

Memetik ayat Quran di atas ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria berucap meraikan 35 asnaf sekitar DUN Gunung Semanggol dalam program penyerahan sumbangan kotak makanan di Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai.

Dalam ucapannya beliau yang juga Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak menegaskan akan tanggung jawab sebagai pemimpin untuk menjalankan amanah yang diberikan di mana pada hari ini sumbangan atau bantuan daripada kerajaan negeri seharusnya sampai kepada mereka yang layak menerima.

Ini menjadi tanggungjawab kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi di mana Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) yang dilantik di peringkat kampung seharusnya bertanggungjawab mengenal pasti golongan asnaf di tempat mereka yang layak untuk menerima bantuan.

Hal ini selaras dengan matlamat YB untuk memastikan tiada golongan asnaf yang tertinggal dan tiada yang terpinggir khususnya dalam dun Gunung Semanggol ini.

Program yang dipengerusikan oleh Pegawai Pusat Khidmat Ustaz Salehuddin itu turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai Ustaz Mohd Hafizi, Pegawai Baitulmal Ust S. Daud dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS B.serai Hj. Ahmad Mokhtar diiringi Pengerusi Assabiqun Tn. Hj. Termizi.

Image may contain: one or more people and people sitting, text that says "PENTADE"Image may contain: 1 person, sitting and indoorImage may contain: 1 person, sitting and indoor