Home Artikel PAS Perak

Kesepakatan PAS, UMNO dan PPBM hadapi PRK DUN Slim

346
SHARE

Image may contain: 2 people, indoor

Kesepaduan PAS, UMNO dan PPBM hadapi PRK Dun Slim

Trolak

Menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional PRK N58 Slim dan Penyerahan Bahagian Angkat bertempat di Dewan Felda Jaya, Trolak pada petang hari ini.

Mewakili Badan Perhubungan Pas Negeri Perak dalam menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi PRK N58 Slim pada 29 Ogos ini.

Kesepakatan mengukuhkan Muafakat Nasional dan memperkasa Perikatan Nasional menjadi agenda utama majlis pelancaran pada petang ini. Detik bersejarah penting telah merakamkan slogan “Kita Kekal Muafakat” dengan kerjasama antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membantu memenangkan calon Umno/BN.

Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN dan Presiden Umno Malaysia, turut hadir Ustaz Misbahul Munir Masduki, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, YDP Pas Kawasan Tanjung Malim dan semua pimpinan BN dan PPBM disemua peringkat yang turut hadir.Image may contain: 1 person, sitting, text that says "TERA ARISA NASIC AHAN BAHAGIANA 2020 (AHAD) PETANG JAYA. TROLAK AHID HAN PAS $"Image may contain: 2 people, people sitting

#IslamMemimpin
#IslamMemimpinPerpaduan
#MuafakatNasional
#PerikatanNasional
#PrkN58Slim
#KitaKekalMuafakat