Home Berita PAS Terengganu

300Kg talapia untuk penduduk Padang Kubu yang dikuarantin

167
SHARE

Oleh: Mujahid MK

KEMAMAN, 30 Julai – Sebanyak 300 kilogram ikan talapia segar diagihkan kepada komuniti Kampung Padang Kubu yang dikuarantin akibat penularan pandemik Covid-19, semalam.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh ketika membuat serahan tersebut mengucapkan jutaan terima kasih di atas ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) Syarikat Iman Insani Sdn. Bhd. dengan sumbangan itu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada CSR Iman Insani di atas keprihatinan ini. Semoga ia dapat mengurangkan beban penduduk yang dikuarantin di sini.

Gimik penyerahan oleh Hazri Jusoh (kanan) kepada Pengerusi JPKK Padang Kubu, Sudin Muda.
“Saya menyeru kepada banyak lagi syarikat di luar sana agar tampil mengambil bahagian untuk membantu apa yang patut buat mereka yang sedang ditimpa musibah ini.

“Insya-Allah, dengan apa yang kita lakukan ini akan dibalas dengan rezeki yang diberkati dan dilimpahruah kepada kita semua kelak,” ujarnya.

“Saya juga menyeru kepada semua penduduk Kemaman terutamanya di Kijal supaya mengambil langkah proaktif dengan melakukan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu,” serunya.

Iman Insani Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang membekal ikan mentah kepada sektor pemakanan di seluruh negara dengan memiliki puluhan buah kolam ikan yang beroperasi di Kampung Ibok.

Hazri Jusoh (dua dari kanan) bersama kakitangan Syarikat Iman Insani Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Mohd Hifzul Iman Pengarah Urusan Iman Insani, Zawawi Mohamed Ketua Lajnah Kebajikan DUN Kijal dan Sudin Muda Pengerusi JPKK Padang Kubu.

Kampung Padang Kubu adalah antara kampung di Kijal yang tertinggi bilangan penduduknya yang dikuarantinkan susulan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.