Home Berita PAS Terengganu

135 bakul makanan untuk orang asli

23
SHARE

HULU TERENGGANU, 30 Julai – Sebanyak 135 bakul makanan telah diagihkan oleh PAS DUN Telemong kepada masyarakat orang asli yang memerlukan di kawasan tersebut.
Ketua Kebajikan PAS Hulu Terengganu, Ustaz Mohd Safari Abu berkata, ia sedikit sebanyak membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Sebenarnya program yang kita adakan itu ialah program menyampaikan bakul makanan ( BERKAT 3.0) di Kampung Sungai Beruas kampong orang asli dalam DUN Telemong .

“Menyerahkan sumbangan BERKAT 3.0 kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perkampungan Orang Asli Sungai Berua untuk diagihkan kepada keluarga masyarakat orang asli di sini,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi majlis Tindakan DUN) Telemong berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Turut hadir sama ialah Penyelia I-Mits Telemong, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, Penghulu Mukim Jenagor, Effy Hamsha dan Pegawai Orang Asli, Ghazali.

Menurutnya, Kerajaan negeri melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (Berkat 3.0) dengan peruntukan RM6.4 juta bagi membantu golongan yang terjejas akibat pendemik Covid-19.