Home Berita PAS Kedah

30 pelajar terima Sumbangan Awal Pengajian Tinggi

38
SHARE

Oleh AMAL NABILA

LANGGAR, 8 Dis – Seramai 30 pelajar terima sumbangan Bantuan Awal Pengajian Tinggi daripada ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood di Markaz PAS Pokok Sena, hari ini.

Menurut beliau, sumbangan ini diberikan kepada semua pelajar yang berjaya menyambung pengajian dengan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dua pelajar berbangsa Cina turut menerima sumbangan ini. Michelle Yeap Jia Yee berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Kolej Komuniti Seberang Jaya manakala Jesson Law Cong Ji di peringkat ijazah sarjana muda, Universiti Malaya (UM).

Ustaz Salim turut memberi pesan apabila tamat pengajian kelak untuk kembali bekerja di Kedah demi membangunkan negeri.

Hadir sama, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bukit Lada, Haji Radhi Mat Din.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”