Home Berita PAS Wilayah

30 keluarga Kampung Lee Kong Chian terima sumbangan Tahun Baharu Cina

59
SHARE

Oleh Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 2 FEB: Seramai 30 keluarga kurang mampu dan berpendapatan rendah di Kampung Lee Kong Chian menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada PAS Kawasan Wangsa Maju ,Yayasan Kebajikan Negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina

Sumbangan berupa bekalan makanan dan barangan penjagaan diri itu diagihkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumbangan yang turut disasarkan untuk kanak-kanak dan warga tua itu adalah sebahagian daripada program Sentuhan Kasih yang dilaksanakan Yayasan Kebajikan Negara.

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, berkata sumbangan hamper dan wang tunai berkenaan sebahagian daripada usaha PAS Wangsa Maju untuk menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina dalam suasana norma baharu.

‘PAS Wangsa Maju komited untuk membantu golongan kurang bernasib baik, ketika musim perayaan ini dengan barangan keperluan yang kita harap dapat menceriakan mereka’ katanya.

Menurut Puan Yee, 70 mengatakan bahawa beliau telah menerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hasil bantuan YB Kak Nuri bersama Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan Muslimat PAS.

Turut hadir sama Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Haji Azhar Omar, Ketua Muslimat PAS Wangsa Maju, Hajah Asiah Mohd Baki dan jawatankuasa Persatuan & KRT Kampung Lee Kong Chian.