Home Berita PAS Wilayah

Kolej Vokasional Setapak terima sumbangan YB Kak Nuri

128
SHARE

Oleh Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 2 FEB: Kolej Vokasional Setapak menerima 4 alat sanitasi (Fogging) yang disumbangkan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh di Kolej Vokasional Setapak.

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) berkata inisiatif di bawah tanggungjawab sosial itu bagi menyokong usaha membendung risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19) dalam kalangan pelajar di Wangsa Maju.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Setapak, Encik Mohamad Ghazali menyatakan pihaknya dalam persediaan awal untuk memastikan pelajar sentiasa menjaga kesihatan.

Selain itu, pihak pengurusan kolej dan persatuan ibu bapa dan guru bertungkus lumus sejak beberapa minggu untuk memastikan kesihatan dan kebajikan semua pelajar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Turut hadir sama Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Haji Azhar Omar dan pihak Pengurusan Kolej Vokasional Setapak.