Home Berita PAS Melaka

3 wakil PAS dilantik Ahli Lembaga Pelawat Hospital Alor Gajah

976
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md. Ali

ALOR GAJAH, 20 Ogos: Tiga wakil PAS telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Alor Gajah oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Sri Adham Baba untuk tempoh selama dua tahun sehingga 31 Mei 2022.

Mereka yang dilantik adalah Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Melaka, Mohsin Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Aslina Ma’sud dan AJK PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Mohd Riduan Jamaan.

Mesyuarat lembaga yang pertama telah diadakan pada 18 Ogos lepas bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Alor Gajah dan telah dipengerusikan oleh Pengarah Hospital Alor Gajah, Dr.Hjh Zarina Sahrom @ Shahrom.

Dalam mesyuarat itu juga beberapa perkara telah dibincangkan terutama berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Ahli Lembaga Pelawat dan mesyuarat itu juga telah membuat keputusan melantik Mohsin Ibrahim sebagai Bendahari Lembaga Pelawat Hospital Alor Gajah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)