Home Berita PAS Kedah

PAS SP bantu mangsa ribut

126
SHARE

Disediakan oleh:Nor Fatin

Alor Setar, 16 Julai-Ribut yang melanda penduduk  sekitar Kota Kuala Muda, Kedah mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Sungai Petani.

Kesan daripada ribut tersebut, beberapa buah rumah penduduk telah terjejas. Alhamdulillah, Kesukaran penduduk yang terjejas  itu terubat apabila menerima sedikit bantuan.

Bantuan diserahkan oleh AJK PAS Kawasan Sungai Petani pagi ini yang turun ke lapangan bagi menziarahi dan menghulurkan sumbangan kilat kepada mangsa bencana ribut tersebut.

Berikutan ribut yang melanda, beberapa  bumbung buah rumah penduduk tercabut dan memerlukan kos penyelenggaraan untuk dibaik pulih semula.

Menurut laman ‘facebook’ PAS Kawasan Sungai Petani, tindakan bantuan susulan untuk perbaiki kerosakan akan dirujuk kepada Pejabat Daerah Kuala Muda.