Home Berita PAS Kedah

Jom pakat-pakat pi ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Kedah

996
SHARE

ALOR SETAR, 20 APRIL– Semua dijemput hadir untuk ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Kedah yang akan berlangsung pada 27 April ini di Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Boleh tekan link ni untuk ke destinasi https://goo.gl/maps/VPDRUdpSo9KsNwvW6 .

Pelbagai juadah menarik disediakan buat para pengunjung. Dalam masa yang sama, pengunjung juga bakal disajikan dengan nasyid dan Qasidah sebagai sajian halwa telinga untuk hiburan para pengunjung.

Majlis akan bermula seawal jam 11 tengah hari  sehingga jam 4 petang. Jadi di kesempatan ini, kami ingin mengajak kepada semua untuk turun bersama-sama bagi menjayakan dan memeriahkan majlis raya bersama Menteri Besar kesayangan semua!

Jom kita hadir beramai-ramai, pakat-pakat ajak mak, ayah, adik-beradik dan semua kawan-kawan untuk memeriahkan majlis di samping dapat beramah-mesra dengan Menteri Besar sendiri.Inilah peluangnya!