Home Berita PAS Kedah

500 pek beras berjaya dikumpul untuk mangsa banjir pantai Timur

139
SHARE

ALOR SETAR, 1 JAN – Sebanyak 500 pek beras 5kg berjaya dikumpulkan untuk mangsa banjir Pantai Timur pada program Solidariti Mangsa Banjir Pantai Timur anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Pengarah program, Saiful Syazwan berkata program ini adalah antara pengisian yang diadakan sempena sambutan ambang tahun baru 2023 di dataran masjid zahir, di sini, malam semalam.

“Kita menggunakan kaedah ‘beli dan sumbang’ dimana penyumbang membeli sekampit beras yang berharga RM13 kemudiannya menyumbang kembali beras tersebut untuk kami edarkan kepada mangsa banjir pantai Timur,” katanya.

Seterusnya, Pengerusi Lanjnah Kebajikan dan Kemasyarakatan merangkap Ketua Sektor Kebajikan Khidmat Malaysia, menyatakan menyatakan sumbangan ini akan diedarkan pada 3 Januari akan datang dalam jelajah solidariti DPPNK ke pantai Timur.

“Saya juga pengarah Sektor Kebajikan Khidmat Malaysia sudah menggerakkan misi mencuci rumah mangsa bermula 22 November sehinggalah 31 Disember yang lalu dan kini akan menumpukan usaha menyampaikan sumbangan pula, ”

“Sekiranya ada lebihan sumbangan, kami juga akan memberi wang tunai beserta beras kepada mangsa banjir,” tambahnya lagi.

Manakala salah seorang penyumbang daripada mahasiswa juga berkata program ini sangat bermanfaat kepada masyarakat kerana katanya mahasiswa di Pantai Timur juga terkesan dengan banjir ini. Program seperti ini seharusnya diteruskan setiap kali berlaku banjir.

Program ini juga diserikan lagi dengan lantunan selawat dan qasidah daripada pelajar Maahad Tahfiz Al- Fityan. Semoga usaha-usaha penyumbang daripada pelbagai peringkat umur ini dapat meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur. Bersempena tahun baru ini, mari kita doakan agar kita semuanya dalam lindungan dan redhaNya.