Oleh: Amar J
MARANG,29 MEI : 2430 keluarga menerima sumbangan bantuan Bakul Makanan kerajaan Perikatan Nasional dibawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI 2021)
Sumbangan tersebut diagihkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka yang menerima bantuan ini adalah terdiri danpada penerima bantuan bulanan JKM di dalam Dun Pengkalan Berangan, Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, agenda kebajikan rakyat sentiasa menjadi fokus utama kita di Dun Pengkalan Berangan lebih lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 ini. Selagi kita bergelar kerajaan, kita akan terus menjaga kebajikan masyarakat setempat, memberi maklumat dan menjadi pengantara atau orang tengah bagi memudahkan urusan rakyat.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan pusat yang begitu perihatin kepada kebajikan rakyat terutama dalam usaha membendung wabak COVID-19. Kita juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban rakyat khususnya di kawasan DUN Pengkalan Berangan in” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Bakul Makanan JKM di sini.
Program agihan ini telah berjalan lancar dengan kerjasama 49 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung UPKK) yang diadakan di tempat masing-masing Majis dimulakan dengan sesi tazkirah daripada asatizah yang telah disusun oleh Pegawai Seranta DUAT Dun Pengkalan Berangan.