Home Berita PAS Terengganu

Ayuh Bersama Menangani Pembunuh Senyap Covid 19

87
SHARE

???? ??????? ????????? ???????? ?????? ????? ??

Alhamdulillah segala pujian hanya kepada yang maha Esa dan maha menentukan segala sesuatu.

Covid 19 makin mengganas dan kes makin bertambah tanpa dapat ditahan dan dibendung.

Tidak pernah terfikir bahawa kita terpaksa berkurung didalam rumah walaupun mampu untuk bebas lepas tanpa sekatan menikmati kemerdekaan kehidupan.

Namun dek kerana ketentuan Allah yang mahu menguji kesabaran dan kekuatan pergantungan kepada yang maha esa, kita terpaksa akur dan patuh kepada kebijaksanaan pemerintah bagi mengawal dan mengekang wabak yang semakin mengganas tidak mengenal mangsa dan usia apatah lagi bangsa dan kasta.

Marilah kita berlapang dada dalam menghadapi kemelut yang tidak pernah terfikir dek kewarasan dan kebijaksanaan akal dan kemajuan teknologi.

Hadapilah dengan penuh rasa harap dan redha kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk menghindarinya dengan mematuhi setiap arahan dan sop yang diarahkan.

Marilah kita sentiasa bermunajat dan bermohon kepada yang maha Esa agar pandemik ini segera berakhir untuk kita meneruskan kehidupan normal yang sangat kita idamkan.

Saya merayu dengan penuh rasa tanggungjawab bersama untuk kita terus berusaha menghadapi pembunuh senyap ini dengan terus memanjatkan segala pengharapan kepada Allah disamping segala daya usaha tenaga dan cara untuk membasmi dan menghancurlan covid 19 ini.

Kepayahan kehidupan atas ujian ini diharapkan mendapat sebaik ganjaran dari yang maha kuasa.

Kita telah berjaya menunjukkan solidariti kita bersama sahabat Palestin sehingga mampu mengumpulkan sejumlah wang bagi sumbangan jihad menentang yahudi zionis laknatullah dan tidak mustahil untuk terus kita bersoladiriti menentang makhluk Allah covid 19 ini dan berjaya menghapuskan dari masyarakat dan negara kita.

Ya Allah hanya kepada Mu sahaja kami berserahkan urusan ini dan urusan sahabat dan teman serta saudara yang kami kasihi dari ujian ini.

Lepaskan kami dari musibah ini dan ampunkanlah dosa-dosa kami
Ya Allah bantulah kami.

Ustaz Sulaiman Sulong
ADUN PENGKALAN BERANGAN

#Teruskan_Berhubung – 0145492441 / 0139801033
#IslamUntukSemua
#kamisayangsemua
#fightcoronavirus #kitajagakita