Home Berita PAS Sabah

PROGRAM KELUARGA MEMBACA

248
SHARE

 

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia me-ngajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-‘Alaq, ayat 1-5)

Firman Allah SWT di atas adalah Wahyu pertama yang Allah SWT turunkan kepada baginda Rasullullah SAW menunjukkan akan kepentingan membaca.

Ia menegaskan bahawa Islam meletakkan ilmu sebagai asas utama dalam penyebaran dakwah Rasulullah SAW dan para  sahabat Baginda.

Oleh demikian,bertepatan dengan ajaran agama Islam serta seiring juga dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030. Dengan Slogan #MalaysiaMembaca. Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga ( LPWK), Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau mengambil inisiatif  mengadakan Program Keluarga Membaca, 10 minit , dari rumah masing-masing.

Objektif program ini yang pertama adalah untuk menanam semangat membaca di kalangan ahli keluarga, dan dapat memupuk kesedaran akan kepentingan membaca, serta agar hli keluarga dapat menambah ilmu pengetahuanyang bermanfaat.

LPWK berharap Program ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dalam menghadapi situasi kawalan pergerakan serta dapat melahirkan  masyarakat yang berilmu pengetahuan.

 

SITI RAHMAH BANDU

NKM DMPK TAWAU

PENGERUSI LPWK