oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 23 MAC – Ramadan disambut ceria 222 asnaf apabila menerima sumbangan dalam Majlis Santun dan Kasih.
Majlis yang berlangsung di Dewan Cenderawasih, Pendang itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Hayati, Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Tokai bermula jam 10 pagi kelmarin.
Hayati berkata, bagi kali ini sebanyak Lebih RM44k telah yang disalurkan kepada 222 orang penerima asnaf.
“Lebih RM44k telah diperuntukkan kepada 222 orang adnaf menerima sebahagian sumbangan kerajaan negeri dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tokai dan Parlimen Pendang.”
“Saya juga berharap dengan sedikit sumbangan ini dapatlah digunakan dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini.” Ujarnya.
Setiap penerima mendapat sumbangan tunai berserta barangan keperluan dapur.