Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Mukim Telok Mas zon jingga

445
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 7 Jan : Mukim Telok Mas diisytiharkan sebagai zon jingga apabila jumlah pesakit aktif Covid-19 di mukim itu meningkat kepada 21 kes hari ini.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu petang tadi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (100 kes) dan Machap (243 kes) hari ini masih di dalam zon merah sementara itu 35 mukim lagi berada di dalam zon kuning.

Mukim-mukim di dalam zon kuning itu ialah :

DAERAH ALOR GAJAH

• Durian Tunggal (5 kes)
• Klemak (2 kes)
• Melaka Pindah (2 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (7 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)
• Taboh Naning (4 kes)

DAERAH MELAKA TENGAH

• Ayer Molek (7 kes)
• Bachang (1 kes)
• Balai Panjang (2 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Batu Berendam (2 kes)
• Bertam (3 kes)
• Bukit Baru (6 kes)
• Bukit Katil (4 kes)
• Bukit Lintang (1 kes)
• Bukit Rambai (8 kes)
• Cheng (6 kes)
• Kandang (1 kes)
• Krubong (4 kes)
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (2 kes)
• Semabok (3 kes)
• Tangga Batu (2 kes)
• Tanjung Kling (10 kes)
• Tanjung Minyak (5 kes)

DAERAH JASIN

• Ayer Panas (4 kes)
• Rim (1 kes)
• Sebatu (1 kes)
• Selandar (3 kes)
• Sempang (1 kes)
• Serkam (3 kes)
• Sungai Rambai (1 kes)
• Umbai (4 kes).

Bagi kes positif baharu untuk hari ini, JKNM melaporkan sebanyak 11 kes direkodkan di negeri Melaka di mana enam daripadanya adalah daripada kes tempatan manakala lima lagi adalah daripada kes Import B yang melibatkan ketiga-tiga Daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Kata laporan itu lagi, dua daripadanya adalah di bawah Kluster Anak Air, iaitu kluster baharu yang diisytiharkan JKNM semalam dengan kes pertamanya dikesan pada 1 Januari lepas.

JKNM juga memaklumkan beberapa kawasan berisiko yang terlibat untuk kes positif Melaka hari ini iaitu Klang, Negeri Selangor; Bangsar, Kuala Lumpur; Masai dan Muar di Negeri Johor dan Seremban di Negeri Sembilan.

Berikut adalah perincian kes dinyatakan di dalam poster di bawah ini:

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 480 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3027 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana ia merupakan rekod harian tertinggi pernah dicatatkan negara setakat ini.

Hari ini Johor pula mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1103 kes dan diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 706 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.