Home Berita PAS Melaka

Banjir Johor : Keluhan OKU dan warga emas didengari

507
SHARE

Oleh : Abu Hadif

KULAI, 6 JAN : Kerahan untuk membantu membersihkan rumah- rumah mangsa banjir dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas yang terkesan akibat banjir semalam telah disambut baik oleh ahli PAS Kawasan Kulai di bawah operasi bantuan banjir di sini.

Pagi tadi dengan sembilan orang anggota pasukan operasi bantuan beserta pimpinan kawasan yang telah bersedia dengan mesin serta peralatan selengkapnya turut hadir untuk bersama membantu menyelesaikan operasi pembersihan.

Ketua Operasi Bantuan Banjir PAS Kulai, Shahariman Senawi ketika dihubungi berkata, operasi yang bermula sejak pagi tadi mensasarkan pembersihan rumah-rumah mangsa banjir dalam kalangan warga emas dan OKU di sekitar Kampung Murni Jaya yang banjirnya telah surut.

Tambah beliau, operasi pembersihan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan mendapat kerjasama semua dan kehadiran pasukannya disambut baik oleh para penduduk serta menerima maklumbalas yang positif.

Shahariman berkata cuaca yang baik ketika ini telah membantu melancarkan operasi pembersihan yang sedang dijalankan daripada pagi tadi dan dijangka berakhir petang ini.

Laporan disediakan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) yang sedang membuat liputan banjir di Johor.