Oleh : Abu Hadif
KULAI, 6 Jan : Warga emas yang menjadi mangsa banjir di Kampung Pisang, Bukit Batu hari ini berasa lega berikutan kehadiran pasukan operasi bantuan banjir daripada PAS Kawasan Kulai yang turut bersama membantu untuk membersihkan rumah-rumah mereka yang terkesan setelah air surut akibat banjir yang berlaku semalam.
Salah seorang mangsa banjir, Said Salleh, 84, melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberikan oleh pasukan operasi untuk membersihkan rumahnya yang tercemar akibat daripada lumpur dan tanah kesan air banjir yang telah surut.
Beliau juga kagum atas kesediaan pasukan operasi membantu membersihkan rumah-rumah para penduduk yang menjadi mangsa banjir di sini dengan peralatan pembersihan yang lengkap dan membantu dengan sukarela tanpa meminta sebarang ganjaran dan balasan.
• Laporan disediakan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) yang sedang membuat liputan banjir di Johor.