Home Berita PAS Melaka

Banjir Johor : YDP PAS Kulai edar bantuan untuk mangsa banjir

423
SHARE

Oleh : Abu Hadif 

KULAI, 6 Jan : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kulai, Abd Aziz Jaafar telah hadir bagi menyampaikan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Senai, di sini, semalam.

Selain itu beliau turut menyerahkan bantuan hasil sumbangan orang ramai kepada wakil Khidmat Malaysia (KM) Kulai, Hamdan Astopa untuk disalurkan kepada penduduk yang terjejas banjir di sini.

Dalam kunjungan ini beliau juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan beberapa mangsa banjir di sini sambil mendengar keluhan daripada mereka.

Abdul Aziz mewakili PAS Kawasan Kulai turut menzahirkan simpati di atas musibah banjir yang melanda beberapa penempatan penduduk di sekitar daerah ini.

Sebanyak empat buah PPS telah dibuka di daerah Kulai setakat ini untuk menampung penempatan mangsa-mangsa banjir di sini.

Laporan disediakan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) yang sedang membuat liputan banjir di Johor.