Home Berita PAS Melaka

Yayasan Bank Rakyat bantu Madrasatul Quran Sri Tanjung

428
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH 4 Jan : Yayasan Bank Rakyat telah memberi bantuan sebanyak RM61,440 kepada Madrasatul Quran Kampung Seri Tanjung sebagai salah satu daripada program kebajikan yayasan itu dalam bidang pendidikan.

Menurut tenaga pengajar madrasah ini, Ustaz Mohamad Syahamiruddin Saman, buat masa ini seramai 25 orang pelajar berusia antara 11 dan 20 tahun sedang menuntut di sini.

Ustaz Mohamad yang hadir mewakili Madrasatul Quran bagi menerima sumbangan di dalam program ini berkata lagi, pelajar-pelajar yang sudah berjaya menghafal 30 juzuk Al Quran akan diberikan sijil tamat pengajian.

Madrasah ini yang telah beroperasi lebih lima tahun ini diasaskan oleh Ustaz Ustaz Mohamad Shah Maslan.

Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin ketika Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan sumbangan Yayasan Bank Rakyat peringkat Parlimen Masjid Tanah bagi tahun 2021 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Negeri Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengurus Jabatan Program Yayasan Bank Rakyat, Mohd Mukhti Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kesenian Negara Negeri Melaka, Ezlina Alias, Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah, Mohd Azlan Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Ustaz Jamaluddin Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah, Sodikin Md Ali.