Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 4 Jan : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini mengisytiharkan satu kluster baharu dikesan di Negeri Melaka ini iaitu Kluster Telok Mas seperti yang dilaporkan di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut laporan itu, kluster baharu di Sekolah Henry Gurney ini melibatkan 13 kes (OKT) daripada keseluruhan 34 kes Covid-19 yang dilaporkan di Negeri Melaka hari ini.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Paya Rumput
▪︎ 7 kes jangkitan ( IMPORT B)
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat
▪︎Lawatan ke Perak
▪︎Kontak rapat kes Gombak
▪︎Umur : 2, 3, 8, 9, 17, 19 dan 43
Mukim Balai Panjang | Tg Minyak | Pernu | Sebatu
▪︎5 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes Ayer Molek
▪︎Umur : 40, 41, 53, 60 & 64 tahun
Mukim Bukit Katil
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat.
▪︎Rakan sekerja (Kes Bukit
Baru)
▪︎Umur: 51 tahun
Mukim Krubong
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat (Kes Mukim Krubong )
▪︎Umur : 24 & 27 tahun
Mukim Telok Mas
▪︎10 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan OKT
▪︎Kluster Telok Mas
▪︎16 – 20 tahun
Mukim: Melekek
▪︎4 kes jangkitan (IMPORT B)
▪︎Kes dari saringan kontak
rapat kes Positif ( Klang,
Selangor)
▪︎4, 9, 12 & 39 tahun
Mukim Taboh Naning
▪︎4 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif sebelum ini
▪︎Kontak keluarga
▪︎4, 30, 34 & 62 tahun
Mukim Melaka Pindah
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif sebelum ini
▪︎Kontak keluarga
▪︎29 tahun
Tambah laporan itu lagi, sebanyak 492 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.
Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (238 kes) dan Machap (300 kes) hari ini masih di dalam zon merah.
Sementara itu sebanyak 28 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini bertambah dua mukim berbanding 26 mukim semalam apabila mukim Taboh Naning dan Sebatu mencatat kes baharu.
Mukim-mukim itu ialah :
DAERAH ALOR GAJAH
• Durian Tunggal (6 kes)
• Klemak (2 kes)
• Melaka Pindah (2 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (7 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)
• Taboh Naning (4 kes) baharu
DAERAH MELAKA TENGAH
• Ayer Molek (3 kes)
• Balai Panjang (2 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Bertam (3 kes)
• Bukit Baru (3 kes)
• Bukit Katil (2 kes)
• Bukit Rambai (8 kes)
• Cheng (5 kes)
• Krubong (4 kes)
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (2 kes)
• Semabok (1 kes)
• Tangga Batu (5 kes)
• Tanjung Kling (12 kes)
• Tanjung Minyak (4 kes)
• Telok Mas (18 kes)
DAERAH JASIN
• Ayer Panas (2 kes)
• Sebatu (1 kes) baharu
• Selandar (1 kes)
• Sempang (1 kes)
• Umbai (1 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1741 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor kekal mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 687 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 303 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.