Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 95 kes baharu

517
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Jan : Sebanyak 95 kes Covid-19 baharu dikesan dì Negeri Melaka hari ini di mana 88 daripadanya dikesan di Pusat Koreksional Jasin Kluster Jalan Harapan.

Demikian dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH MELAKA TENGAH

Mukim Paya Rumput
▪︎ 3 kes jangkitan (IMPORT B)
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat
▪︎Lawatan ke kampung
(Bukit Gantang, Perak)
▪︎Kes positif (Gombak) turut
berada di Kampung
▪︎Umur: 21, 22 dan 47 tahun

Mukim Ayer Molek
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat
Kes positif sebelum ini.
▪︎Umur : 53 Tahun

Mukim Krubong
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kontak rapat kes positif
▪︎Dilawati adik dari Kulai, Johor
▪︎Umur: 52

Mukim Batu Berendam
▪︎1 kes jangkitan (IMPORT B)
▪︎Kontak rapat kes positif
▪︎Sejarah melawati keluarga di
Karak
▪︎Umur: 24 Tahun

DAERAH JASIN

Mukim Jasin
▪︎1 kes jangkitan (IMPORT B)
▪︎Kes daripada saringan tempat
kerja
▪︎Sejarah melawat kawasan
berisiko iaitu Muar dan Pasir
Mas
▪︎Umur : 29 Tahun

Mukim Jasin
▪︎88 Kes jangkitan Tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat
(PKJ)
▪︎Pusat Koreksional Jasin
▪︎Kluster Jalan Harapan

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 590 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (241 kes) dan Machap (302 kes) hari ini masih di dalam zon merah.

Sementara itu sebanyak 25 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini berkurang berbanding 26 mukim semalam apabila tiada lagi kes positif dilaporkan di mukim Sungai Baru Ulu.

Mukim-mukim di dalam zon kuning itu ialah :

DAERAH ALOR GAJAH

• Durian Tunggal (6 kes)
• Klemak (3 kes)
• Melaka Pindah (1 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (7 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)

DAERAH MELAKA TENGAH

• Ayer Molek (2 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Bertam (3 kes)
• Bukit Baru (1 kes)
• Bukit Katil (1 kes)
• Bukit Rambai (8 kes)
• Cheng (5 kes)
• Krubong (2 kes)
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (1 kes)
• Semabok (1 kes)
• Tangga Batu (5 kes)
• Tanjung Kling (12 kes)
• Tanjung Minyak (3 kes)
• Telok Mas (8 kes)

DAERAH JASIN

• Ayer Panas (2 kes)
• Sempang (1 kes)
• Umbai (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2295 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor kekal mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 638 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 580 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.