Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 23 kes baharu

713
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 1 Jan : Sebanyak 23 kes Covid-19 dikesan dì Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Berikut adalah perincian kes :


DAERAH MELAKA TENGAH

KES IMPORT B
Mukim : Krubong
▪︎ 2 Kes Jangkitan ( IMPORT B)
▪︎72 & 68 Tahun

KES TEMPATAN
Mukim;
▪︎ Krubong : 1 kes : 27 tahun
▪︎ Bertam : 1 kes : 46 tahun
▪︎ Cheng : 1 Kes : 27 tahun
▪︎ Peringgit : 1 Kes : 33 Tahun
▪︎ Bukit Baru : 1 Kes : 20 Tahun
▪︎ Telok Mas : 1 Kes : 50 Tahun
▪︎ Pernu : 1 Kes : 15 Tahun

▪︎ Bandar Melaka : 1 Kes :
•Kes Saringan Kerja

▪︎ Tanjung Minyak: 1Kes
:28 Tahun
▪︎ Tanjung Kling : 3 Kes
• Institut Koreksional Tg Kling
• Kluster Jalan Harapan
• 16, 21 & 50 tahun

▪︎ Telok Mas
• 3 Kes : 16, 18 dan 19 Tahun
• Saringan OKT
• Sekolah Henry Gurney

▪︎Ayer Molek : 1 Kes : 57 Tahun


DAERAH JASIN

▪︎Ayer Panas : 1 Kes : 77 Tahun
▪︎Umbai : 1 Kes : 43 Tahun


DAERAH ALOR GAJAH

KES IMPORT B
▪︎Ramuan China Kecil : 1 Kes
: 24 tahun
•Sejarah Melawat Klang Selangor
▪︎Melaka Pindah : 1 Kes
: 61Tahun
•Sejarah Melawat Klang
Selangor

KES TEMPATAN
▪︎Pulau Sebang : 1 Kes : 61
•Saringan Kemasukkan
Hospital Melaka

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 500 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (154 kes) dan Machap (302 kes) hari ini masih di dalam zon merah.

Sementara itu sebanyak 26 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini berbanding sembilan belas belas mukim semalam iaitu pertambahan sebanyak tujuh mukim.

Mukim-mukim itu ialah mukim Durian Tunggal (6 kes) Klemak (3 kes), Melaka Pindah (1 kes), Melekek (1 kes), Pulau Sebang (1 kes), Sungai Baru Ilir (7 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Ayer Molek (4 kes), Bandar Melaka (2 kes), Bertam (3 kes), Bukit Baru (1 kes), Bukit Katil (1 kes), Bukit Rambai (8 kes), Cheng (5 kes), Krubong (1 kes), Peringgit (1 kes), Pernu (1 kes), Semabok (1 kes), Tangga Batu (5 kes), Tanjung Kling (12 kes), Tanjung Minyak (3 kes), Telok Mas (5 kes), Ayer Panas (2 kes), Sempang (1 kes) dan Umbai (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak
2068 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 776 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 457 kes.

Laporan itu juga menyatakan hanya Perlis sahaja tidak merekodkan kes baharu hari ini sementara semua negeri atau wilayah yang lain ada merekodkan kes baharu.