Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Perasmian kereta Proton yang kesejuta

459
SHARE

30 DISEMBER 1996 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1996, pengeluaran kereta proton yang kesejuta dirasmikan oleh, Perdana Menteri Malaysia ke-4 di kilang Perusahaan Otomobil Nasional Berhad, Shah Alam selepas 11 tahun beroperasi.

Proton mengeluarkan kereta nasional yang pertama pada 1985 menerusi satu usaha sama dengan Mitsubishi Motors Corp dari Jepun.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia terus mencari sumber teknologi dari Barat mahupun Timur bagi mempelajari kaedah memajukan industri pengeluaran kereta bermotor.

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)

Tegasnya, pemindahan teknologi yang diperolehi dari Jepun hasil Dasar Pandang Ke Timur, tidak menyekat Malaysia daripada mempelajari teknologi dari negara lain.

Sesungguhnya, pengeluaran kereta yang kesejuta ini memberi petanda bagi Proton untuk muncul sebagai pengeluar automotif bertaraf dunia untuk memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia