Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 14 kes positif baharu

357
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 28 Dis : Empat belas kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu lagi, daripada empat belas kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini lima dikesan di Daerah Melaka Tengah, lapan kes di Daerah Alor Gajah dan satu lagi di Daerah Jasin.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH MELAKA TENGAH

Mukim Bandar Melaka
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes daripada saringan kontak
rapat
▪︎ Kontak keluarga daripada
( P. Pinang)
▪︎ Umur : 32 Tahun

Mukim Telok Mas
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat
kes positif
▪︎Kontak keluarga
▪︎Umur : 35, 56 Tahun

Mukim Bertam
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat
▪︎ Kes positif (kontak sosial)
▪︎Bermain badminton bersama
▪︎Umur : 17 Tahun

Mukim Semabok
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat
▪︎Umur : 19 tahun

DAERAH ALOR GAJAH

Mukim Sungai Baru Ilir
▪︎5 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif
▪︎Kontak keluarga
▪︎Umur : 12, 14, 23, 25 & 56
tahun

Mukim Kelemak
▪︎1 kes jangkitan empatan
▪︎Kes saringan kontak rapat
▪︎Kontak sosial (rakan
serumah)
▪︎Umur : 31 tahun

Mukim Taboh Naning
▪︎2 kes jangkitan ( IMPORT B)
▪︎Kes saringan kemasukkan
baharu
▪︎Penjara Setelite A’Famosa
▪︎Umur: 37 & 39 Tahun

DAERAH JASIN

Mukim Jasin
▪︎1 Kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif
▪︎Umur : 65 Tahun

Sebanyak 322 kes masih dirawat di Hospital Melaka, PKRC Penjara Sungai Udang dan PKRC, dengan tiga kes ICU, sementara 66 kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (253 kes) dan Machap (97 kes) hari ini kekal di dalam zon merah, sementara dua belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (5 kes) Klemak (3 kes), Sungai Baru Ilir (7 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bandar Melaka (1 kes) Bertam (1 kes), Bukit Katil (1 kes), Bukit Rambai (4 kes), Cheng (1 kes), Semabok (1 kes), Tangga Batu (5 kes), Tanjung Kling (9 kes), Telok Mas (3 kes), Ayer Panas (1 kes) dan Sebatu (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak
1594 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 697 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 194 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Labuan dan Perlis.