Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 14 kes positif baharu

631
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 25 Dis : 14 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu tiga daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah dan 11 kes lagi di Daerah Alor Gajah.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH MELAKA TENGAH

Mukim Bukit Rambai
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat kes
positif (Kontak Sosial)
▪︎Umur : 7 dan 8 tahun

Mukim Telok Mas
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes dimasukkan ke hospital
kerana sesak nafas teruk
▪︎ Kes disaring kerana bergejala
▪︎ Umur : 69 tahun

DAERAH ALOR GAJAH

Mukim Machap
▪︎7 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat kes
positif depoh tahanan imigresen
▪︎2 adalah Kluster Jalan Harapan

Mukim Durian Tunggal
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes saringan kontak kepada kes
positif
▪︎ Kontak rakan sekerja
▪︎ Umur : 43 tahun.

Mukim Kelemak
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes dari saringan bergejala
▪︎ Umur : 31 Tahun

Mukim Sungai Baru Tengah
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes daripada saringan kontak rapat
kes positif
▪︎ Umur : 28 Tahun

Mukim Sungai Baru Ilir
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes daripada saringan kontak rapat
▪︎ Kes positif (kontak keluarga )
( Kuala Lumpur)
▪︎ Umur : 29 Tahun

Sebanyak 496 kes masih dirawat di Hospital Melaka, PKRC Penjara Sungai Udang dan PKRC MAEPS Serdang, dengan satu kes ICU, sementara tiada kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (249 kes) dan Machap (96 kes) hari ini kekal di dalam zon merah, sementara tiga belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (2 kes) Klemak (2 kes), Sungai Baru Ilir (1 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bertam (1 kes), Bukit Rambai (2 kes), Cheng (1 kes), Kandang (2 kes), Tangga Batu (3 kes), Tanjung Kling (3 kes), Telok Mas (1 kes) dan Sebatu (2 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1247 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 461 kes dan diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 225 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis, Kedah, Terengganu.