Home Berita PAS Melaka

Terkini: Jelajah 100 hari PAS dalam kerajaan Melaka berakhir di Masjid Tanah

500
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 25 Dis : Program ‘Jelajah 100 Hari PAS Dalam Kerajaan Negeri Melaka’ kelolaan Jabatan Penerangan PAS Negeri Melaka ke kawasan-kawasan berakhir di PAS Kawasan Masjid Tanah.

Program yang melibatkan sesi pidato dan soal jawab bersama Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek ini berlangsung di Dewan Haji Kasim, Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah, Jalan Hujan Panas, di sini, pagi ini.

Program tertutup ini dihadiri oleh wakil-wakil PAS yang merupakan penjawat-penjawat dalam badan-badan kerajaan seperti anggota JPKK, Sidang, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain.

Ketika berita ini ditulis Ustaz Kamarudin sedang menyampaikan amanat beliau dan beliau juga dijangka akan menjawab persoalan-persoalan yang mungkin ditimbulkan oleh audiens selepas selesai ucapan beliau ini.

Turut menyampaikan ucapan dalam program ini sebelum ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Ketua Penerangan PAS Melaka, Haji Bakri Jamaluddin dan Ketua Jabatan Penerangan PAS Melaka, Mohammed Saufee Othman.