Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Perasmian Masjid Jamek Kuala Lumpur

1329
SHARE

KHAMIS – 23 DISEMBER 1909

PADA hari ini dalam tahun 1909, Masjid Jamek yang terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang telah disempurnakan pembukaannya oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Majlis perasmian yang penuh bersejarah itu bermula dengan pemeriksaan perbarisan seramai 50 anggota polis oleh Ke bawah DYMM Sultan dengan diiringi oleh Residen British di Selangor, Encik H.C. Belfield.

Gambar lama Masjid Jamek Kuala Lumpur – Kredit foto : Google

Seni bina masjid ini adalah hasil rekaan Encik A.B Hubback, Arkitek di Public Works Department bercirikan seni bina Monghul ini berdasarkan ilham daripada reka bentuk masjid di India utara.

Pembinaan masjid ini melibatkan kos sebanyak $32,625 ini dengan $12,000 daripadanya ini adalah hasil sumbangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, dan selebihnya adalah daripada kerajaan negeri Selangor.

Gambar lama Masjid Jamek Kuala Lumpur – Kredit foto : Google

Bersesuaian dengan fungsi sungai pada ketika itu yang merupakan nadi pengangkutan dan perhubungan utama di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain maka kedudukan pintu utama masjid ini, pada asalnya terletak menghala ke arah pertemuan kedua-dua batang sungai tersebut.

Sesungguhnya Masjid Jamek ini telah berfungsi sebagai masjid utama serta pusat kegiatan keagamaan awal di Kuala Lumpur.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
Kredit foto : Google

Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini – Kredit foto : Google