Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Akhbar Majlis mula diterbitkan

766
SHARE

17 DISEMBER 1931

PADA hari ini dalam tahun 1931, akhbar ‘Majlis’ mula diterbitkan. Sehingga bulan Mac 1937, akhbar ini dikeluarkan dua kali seminggu, kemudian tiga kali seminggu sehingga tahun 1939 dan dikeluarkan sebagai akhbar harian sehingga tahun 1941. Majlis merupakan akhbar Melayu yang pertama dicetak di Kuala Lumpur.

Untuk beberapa tahun yang awal (1931-1935), Abdul Rahim Kajai menjadi pengarang Majlis yang pertama. Selepas Perang Dunia Kedua pula pengarangnya yang paling giat dan paling lama membimbing akhbar ini ialah Abdul Samad Ahmad iaitu antara tahun 1949-1954.

Dari apa yang telah dipaparkan, maka dapat dianggap ‘Majlis’ sebagai akhbar kebangsaan Melayu yang unggul yang dapat memenuhi selera pembaca waktu itu, kerana perhatiannya ditumpukan kepada kedudukan orang-orang Melayu keseluruhannya.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia