Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 2 kes baharu, di Jasin dan Melaka Tengah

559
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 9 Dec : Dua kes positif baharu dikesan di Daerah Jasin dan Melaka Tengah seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu satu kes dikesan di Mukim Kandang, Daerah Melaka Tengah, daripada kategori kes jangkitan tempatan saringan bergejala hospital swasta, berumur 59 tahun, sementara satu lagi kes dikesan di Mukim Merlimau Daerah Jasin daripada kategori kes jangkitan import B saringan kontak rapat kes positif Kluster Batu 7 berumur lapan tahun.

Tambah laporan itu lagi sebanyak 16 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan satu kes di bawah rawatan ICU dan juga satu kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini.

Laporan itu juga menyatakan enam mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Sungai Baru Ulu (1 kes), Bukit Piatu (3 kes), Kandang (1 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5), dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 959 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 277 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 203 kes.

Laporan itu juga menyatakan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Sarawak, Terengganu, Putrajaya, dan Perlis.