Home Berita PAS Melaka

Bomba sanitasi Masjid Ar-Razak Kampung Pulau

478
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 8 Dis : Sepasukan anggota daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Masjid Tanah telah membuat satu operasi pembasmian dan sanitasi Covid-19 di dalam dan di kawasan sekitar Masjid Ar Razak, Kampung Pulau, di sini, pagi tadi.

Bomba dengan kekuatan anggota seramai 10 orang diketuai oleh Penyelia Balai Bomba Masjid Tanah, Mazlan Abu Samah telah melaksanakan operasi itu yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Turut bersama dalam operasi ini ialah Pengerusi Masjid Ar-Razak, Rohizan Abdul Rahman bersama veteran dan aktivis masjid ini, Haji Kidam Sentul.