Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 5 Dis : Pemuda Perikatan Nasional (PN) iaitu daripada Dewan Pemuda PAS Melaka dan Armada Bersatu Melaka telah mengadakan mesyuarat Pemuda PN Peringkat Negeri Melaka kali pertama yang berlangsung di Hotel Bendahara, di Kota Melaka, malam semalam.
“Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan perbincangan lebih kepada untuk kenal mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pemuda sebelum melangkah lebih jauh.
“Semoga dengan pertemuan ini dapat dikekalkan bagi meneruskan agenda yang akan dibincangkan dan diputuskan nanti.
“Terima kasih kepada Media dan Jabatan Amal Negeri Melaka yang turut hadir malam tadi,” kata kenyataan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.
Kredit foto : Facebook Dewan Pemuda PAS Melaka
BERSAMA PERTAHAN DAN PERKUKUH PERIKATAN NASIONAL (PN)