Home Artikel PAS Melaka

Dakwah itu luas sifatnya – YDP PAS Alor Gajah

356
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 2 Dis : “Sukan permotoran antara medan dakwah yang bukan sahaja mampu menyatukan masyarakat dari segenap lapisan malah berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihatkan keterbukaan agama Islam.

“Aktiviti kebajikan dalam kelab permotoran pada hari ini menunjukkan medan dakwah bukan hanya boleh dilaksanakan golongan yang ber’title‘ ustaz atau ustazah malah dari kalangan bikers.

“Agensi berkaitan Islam seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyokong aktiviti seperti ini harus dipuji dan menjadi aset yang besar dalam mencorakkan peribadi masyarakat Malaysia khususnya orang Islam”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian ketika menyampaikan agihan sumbangan dalam program kebajikan anjuran kelab Rakan Permotoran Melaka (RPM).

Sumbangan disampaikan kepada beberapa penerima yang terdiri daripada penghidap sakit kritikal dan juga yang hilang punca pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 ini.

Presiden RPM, Sayani Mohd Sani mewakili para penerima mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima.

Program turut dihadiri oleh Pegawai Khas Pengerusi Ummah, Shamsul Bahrin Mohd Saad dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam.

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)