Oleh : Abu Hadif
KOTA MELAKA, 23 Nov : Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Bilal Ruhuddin telah menyertai bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong Jabatan Amal Malaysia (JAM) negeri Melaka yang telah diadakan bertempat di markas JAM Melaka di Bukit Larang Telok Mas, pagi semalam.
Aktiviti tersebut yang dikendalikan oleh Komandan JAM Kota Melaka, Husin Mohd Salleh telah dihadiri seramai 20orang anggota JAM dari semua kawasan negeri Melaka yang turut sama membantu membersihkan dan menceriakan markas JAM.
Menurut beliau, kehadiran Ustaz Bilal juga menambah keceriaan dan semangat para anggota JAM yang hadir.