Home Berita PAS Melaka

Durian Tunggal dilanda banjir kilat

868
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH, 20 Nov: Hujan lebat pada petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Durian Tunggal mengalami banjir kilat.

Kejadian ini berlaku kira-kira pada jam 6.00 petang apabila hujan turun dengan lebat dan menyebabkan banjir kilat itu berlaku melibatkan beberapa kawasan antaranya ialah Bukit Tambun, Padang Keladi, Bukit Balai dan Taman Murai Jaya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPRD) PAS Durian Tunggal, Azman Amat, bersama beberapa Ahli Jawatan Kuasa (AJK) JPRD PAS Durian Tunggal telah mengambil tindakan segera membantu memindahkan mangsa banjir ke Dewan Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal di samping menyediakan makan malam serta khemah untuk tidur.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)