Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Kluster Umboo diisytihar tamat hari ini

502
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 19 Nov : Jabatan Kesihatan Melaka mengisytiharkan Kluster Umboo tamat hari ini, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Untuk rekod Kluster Umboo ini yang mula dikenal pasti pada 22 Oktober lepas melibatkan Daerah Alor Gajah dengan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21322) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen pada 18 Oktober lepas.

Manakala bagi kes baharu harian pula, laporan itu menyebut, cuma satu kes baharu Covid-19 dilaporkan di Negeri Melaka hari ini yang dikesan di Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur 49 tahun.

Tambah laporan itu lagi lima kes sembuh baharu dilaporkan hari ini sementara 44 kes positif Covid-19 masih di rawat hospital Melaka termasuk dua kes ICU

Menurut laporan itu juga, 12 mukim masih berada dalam kategori Zon Kuning berbanding 13 semalam apabila Mukim Chohong kembali kepada Zon Hijau apabila satu kes aktif direkodkan di situ telah sembuh.

Laporan itu menunjukkan 12 mukim yang masih berada di zon kuning iaitu mukim Durian Tunggal (3), Klemak (1), Ayer Molek (5), Balai Panjang (2), Batu Berendam (21), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Cheng (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (1), Merlimau (10) dan Rim (3).

Sementara bagi kes keseluruhan negara pula jumlah kes baharu kembali ke empat angka apabila merekodkan 1290 kes hari ini dengan Sabah merekodkan kes tertinggi sebanyak 660 kes diikuti oleh Selangor dengan 407 kes.

Semua negeri merekodkan kes baharu kecuali Pahang, Perlis dan Putrajaya.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)