Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kes baharu hari ini

559
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 16 Nov : Hanya satu kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu kes baharu itu dikesan di Mukim Rim, Daerah Jasin, berumur 22 tahun, kes jangkitan tempatan saringan bergejala kontak rapat di bawah Kluster Berendam.

Tambah laporan itu lagi 47 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk dua kes ICU selain dua kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Dengan satu kes baharu yang direkodkan di Mukim Rim menjadikan mukim yang dikategorikan sebagai Zon Kuning kini berjumlah 12 mukim.

Selain Mukim Rim, mukim lain yang merupakan Zon Kuning ialah Mukim Bukit Katil (3), Mukim Merlimau (10), Mukim Bukit Rambai (1), Mukim Ayer Panas (1), Mukim Ayer Molek (9), Mukim Cheng (1), Mukim Tanjung Minyak (1), Mukim Batu Berendam (19), Mukim Durian Tunggal (3), Mukim Klemak (1) dan Mukim Chohong (1).

Sementara itu sebanyak 1103 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 392 kes diikuti oleh Sabah dengan 288 kes di mana semua negeri dan wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Pahang dan Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)