Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka : Tukang spin kenyataan YB Ustaz Ahmad Fadhli patut disaman

1582
SHARE

NAMPAKNYA tak habis-habis lagi golongan yang menjadi oportunis politik mahu memburuk-burukkan Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Kenyataan beliau diputarbelitkan malah dibuat bermacam-macam poster untuk mengelirukan orang ramai.

Terbaru, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilapor akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan poster yang mengandungi kenyataan beliau yang diputarbelitkan itu.

Kenyataan beliau yang sebenar ialah beliau menyokong pelanjutan moratorium dan pengeluaran wang KWSP tetapi harus bersasar dan bukan automatik untuk semua orang. Bukannya beliau tidak menyokong pelanjutan moratorium dan pengeluaran wang KWSP!

Sebagai pemimpin yang baik beliau harus menjalankan tanggungjawab beliau untuk memberi cadangan untuk kebaikan rakyat dalam jangkamasa panjang dan bukan hanya mengikut apa yang dimahukan oleh orang ramai semata-mata untuk dilihat popular.

Mereka yang benar-benar terkesan dengan Covid-19 seperti mereka yang hilang pekerjaan, terpaksa cuti tanpa gaji, terjejas perniagaannya adalah termasuk dalam kalangan mereka yang bakal menerima lanjutan moratorium, boleh mengeluarkan KWSP dan boleh mendapat berbagai-bagai bantuan dan pinjaman kerajaan melalui MARA, TEKUN dan agensi-agensi lain. Golongan ini tidak marah pun.

Yang marah sangat dengan kenyataan YB Ahmad Fadhli itu sebenarnya adalah orang-orang tidak terkesan dengan Covid-19, yang masih ada pekerjaan, masih menerima gaji, tetapi tidak berpeluang untuk joli sakan dengan duit KWSP yang mereka ingin keluarkan dan moratorium automatik yang bakal menambah ‘pendapat boleh joli’ mereka.

Jadi realistiklah! Memang semua orang terkesan dengan Covid-19 dari segi kesukaran melalui PKP dan PKPB, namun bukan semua terkesan dari segi pendapatan dan pekerjaan. Kalau semua terkesan bermakna semua rakyat Malaysia sudah hilang pekerjaan dan semua kedai sudah pun tutup!

YB Fadhli adalah seorang pemimpin yang faham bahawa dalam ekonomi ini ia sentiasa mempunyai kesan berantai. Pengeluaran besar-besaran wang KWSP tanpa keperluan boleh meruntuhkan institusi itu. Sementara moratorium automatik kepada semua orang tidak terkesan atau pun tidak akan menyebabkan bank kekurangan dana untuk diberi sebagai pinjaman kepada orang ramai. Akhirnya ia akan menyusahkan rakyat dalam jangka panjang.

Tukang-tukang spin yang berniat untuk merosakkan imej YB Fadhli ini memang patut disaman atau diambil tindakan. Mereka bukan sahaja cuba merosakkan imej YB Fadhli tetapi mereka sebenarnya cuba merosakkan masa depan rakyat dan negara.

IBNU JANIE
• Editor CPP-Berita PAS Melaka
• Ketua Unit Berita Dan Wartawan Rakyat Melaka (WARM)
Jabatan Penerangan PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)