Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
BALING, 18 Julai – Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap turun menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada 21 keluarga mangsa yang ditimpa musibah banjir di Baling baru-baru ini.
Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam dengan diiringi Ketua Muslimat PAS Kawasan Baling, Ustazah Hapsah Abdullah bagi menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga-keluarga mangsa banjir tersebut.
“Moga dengan sedikit sumbangan dari pihak Dewan Muslimat ini dapat juga meringankan sedikit bebanan kepada mereka yang di timpa musibah ini,” ujarnya.
Sehubungan itu juga, pihak team muslimat PAS Padang Terap turun berkesempatan ke Kampung Iboi bagi melihat tempat keadaan di sana.
Pihak Dewan Muslimat PAS Baling mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sariah Salam yang hadir membantu keluarga mangsa-mangsa banjir.
Turut serta dari Dewan Muslimat PAS Padang Terap seramai lima orang, Hajjah Zainon Ismaon, Sarimah Ismail, Faridah Ahmad dan Mahani.