Home Artikel PAS Melaka

Tahniah semua penerima Anugerah Perdana Belia Negara – KM Melaka

319
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 13 Nov : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di dalam satu hantaran Facebooknya petang semalam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020 yang yang diraikan dalam suasana norma baharu.

“Saya difahamkan, seramai 13 orang belia berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka berdasarkan beberapa kategori yang telah diselaraskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.

“Bersesuaian dengan tema Hari Belia tahun ini, iaitu ‘Dekad Ini, Dekad Anda’, saya berharap, dengan penganugerahan ini, saudara dan saudari akan lebih bersemangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menghadapi cabaran dan dugaan berhadapan dengan isu global.

“Kerajaan negeri sangat komited dan sentiasa meletakkan golongan belia sebagai aset penting negara amnya dan negeri khususnya kerana kita semua tahu golongan belia hari inilah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang,” ujar beliau di dalam hantaran Facebooknya itu.

Turut hadir pada majlis penganugerahan ini yang berlangsung petang semalam ialah EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar.

Berikut adalah senarai penerima anugerah seperti yang dicatatkan di dalam hantaran Facebook yang sama :-

1) Kategori Pertubuhan Belia

Johan : Gerakan Belia 4B (M) Solok Kilang Berapi
i- Mohd Yusof Muhamad
ii- Muhammad Amirul Ahmad

Naib Johan : Persatuan Belia (MAYC) Seri Pengkalan Lambak
i- Mohd Ridzuan Hj Mujid
ii- Nor Hidayah Jaafar

Tempat ke-3 : Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang
i- Mohd Firdaus Johari
ii- Mohd Shafiq Sedek

2) Kategori Individu Lelaki
i- Zaini Muhamad (Johan)
ii- Zaidi Tahir (Naib Johan)
iii- Mohammad Fiza Mohd Fuad (Ke-3)
iv- Tee Yong Siang (ke-4)

3) Kategori Individu Wanita
i- Shamsiah Abdul Razak (Johan)
ii- Nur Afini Yusaini (Naib Johan)
iii- Nor Syuhada Abu Bakar (Ke-3)

Kredit foto : Facebook Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)